# Orang Tua Makin TuaDalam kita menempuh alam dewasa yang mencabar ini, kita sering terlupa yang orang tua kita juga ‘semakin tua’. Kita selalu rasakan mereka akan tetap ‘begitu’ sampai bila-bila (mungkin kerana fizikalnya tak banyak berubah), tapi sebenarnya mereka masih meniti usia, sama seperti kita. Kita selalu berasa ibubapa kita ini ‘pandai jaga diri’, tapi sebenarnya kudrat, kesihatan dan sahsiah mereka berubah juga, dan mungkin perlukan perhatian kita juga. Ini peringatan untuk diri sendiri juga, jangan alpa. Kerana itu, harus luangkan masa juga untuk hubungi dan bertemu mereka ; ingatlah, tanpa mereka, tiada kita di dunia ini. Sayangi mereka. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Sahabat LamaSahabat datang dan pergi. Ada satu ketika kita begitu rapat, tapi akhirnya akan bawa haluan masing-masing juga. Ini perkara biasa. Kawan aku tak ramai, tapi alhamdulillah ada sahabat yang masih rapat walaupun aku sudah berpindah jauh. Persahabatan terjalin bila kita benar-benar jujur dan autentik bila bersama. Ia takkan terhasil jika kita berpura-pura dan tidak menunjukkan diri sendiri sebenar. Bila dikenangkan, memang dengan sahabat sebenar inilah yang kita kuat ‘bergaduh’ kan ; ada je pendapat berlainan, tak bersetuju, perspektif berbeza – tapi inilah yang membuatkan hubungan kita makin utuh. Bercakap macam bergaduh, alih-alih "eh air dah habis, jom order lagi". #kopipagizz… See MoreSee Less
# SyahidLagu ini dirakam pada tahun 2007, bersama band lama ku ; TuLanG. Dirakam di "King Studio". Vokal oleh KEN, bes oleh JAJA, dram oleh Mior, dan gitar oleh aku, dan diadun (mix) oleh JD. Ini lagu jiwang sebenarnya, tapi dikeraskan untuk disesuaikan dengan vokal rock Ken. Lagu ini terhasil kerana kekecewaan cinta masa lalu (biasalah ini), tapi liriknya terinspirasi oleh pejuang G’z’. Aku sukakan bunyi ‘warm’ dalam rakaman ini ; semua instrumen dirakam ke mikrofon, berbanding rakaman moden sekarang terus ‘line-in’. Ada terfikir untuk buat lagu ini berbentuk piano instrumental. Sekarang ; tak perlu buat band atau ke studio untuk lagu rakam single. youtu.be/SOHGus2Br1Y#kopipagizz… See MoreSee Less
# Lagu Baru Setiap 3 BulanBermula beberapa tahun ini, aku akan cuba terbitkan karya baru di Spotify setiap 3 bulan ; pada 6 Mac, 6 Jun, 6 September dan 6 Disember. Tanpa tarikh ini, memang takde lah buat. Karya aku banyak, menghampiri ratusan ; malahan aku boleh cipta karya baru sepetik jari saja. Jadi sayang jika tak terbitkan, walaupun tak ke mana. Bagi aku, muzik ini aku tak pernah terfikirkan ia sebagai karier, tapi lebih kepada cara berfikir saja. Berkarya adalah senaman otak, demi kesihatan mental. Jadi marilah kita sama-sama buat hobi kita kembali. Teruskan berkarya!Link Spotify Sajakiri di ruangan komen.#kopipagizz… See MoreSee Less
# Bisnes Adalah SeniDalam menjalani bisnes, ia bukan mengenai perakaunan semata, tapi lebis kepada ‘menghiasai taman’. Tiada jawapan salah dan betul ; kita harus eksperimen dan cuba perkara baru setiap masa. Ada orang yang akan suka taman kita, dan tak suka. Ini biasa. Kita akan menghias mengikut selera kita sendiri ; kekadang ikut logik, kekadang ikut naluri. Yang penting ia harus dilakukan dengan perasaan kasih sayang, tak boleh paksa buah berbuah. Walaupun kekadang tanaman tak menjadi, kita sedih – tapi kita tak berputus asa. Kekadang kita harus lebih banyak memberi daripada mengambil – tanpa ada jaminan pun ia akan membuahkan hasil. Berserah. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Makin TuaMelihatkan anak-akan kawan kita yang dah masuk kolej (bukan sekolah lagi!), termenung juga aku. Betapa pantasnya masa. Masih segar hari pertama kita di kolej ; tapi la ni anak-anak kita sendiri dah masuk IPT. Teringat masa itu, kita semuanya masih blur tentang karier (walaupun dah pilih jurusan), nak kapel / kahwin dengan siapa, tinggal di mana nanti, impian besar kita dan segalanya. Tapi kini giliran anak-anak pula harus fikir itu haha. Sat lagi kawan-kawan kita ini akan bergelar datuk nenek (kot dah ada?), dan menimang cucu pula. Dari POV kita, tak lah terasa tua sangat kan. Atau menidakkan realiti sebenar?#kopipagizz… See MoreSee Less
# Kembali ke Studio OneIni adalah mengenai DAW. Setelah aku dalam ekosistem Apple, aku cuma pakai perisian rakamannya, iaitu Logic Pro, walaupun aku masih selesa dengan Studio One. Tapi masalahnya, banyak data lagu demo lagu ku masih dalam format Studio One – aku tak renderkan ia menjadi fail audio biasa. Jadi aku kembali ke Studio One, tapi ternyata ini lebih menggembirakan aku. Kini aku dalam fasa menerbitkan kembali demo lama ku semasa zaman SajakiriVokal dulu ; malas lah juga nak mula dari sifar kembali. Tenaga dan berkarya tidak sama ketika muda-muda dulu, tapi akan tetap berkarya, demi kewarasan dan kesihatan mental. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Adaptasi BisnesKenapa 90% bisnes ditutup dari masa ke semasa, adalah kerana masalah adaptasi. Teknologi yang berkembang pantas, menyebabkan banyak bisnes baru naik, tapi banyak juga yang tutup kedai. Semacam proses evolusi juga ; yang bertahan bukan yang paling bijak, atau kuat – tapi yang paling pantas berinovasi. Inovasi ini sebenarnya sukar, kerana banyak percubaan (trial and error) harus dilakukan. Bisnes aku sendiri, Akademi ZZ didirikan ketika zaman PKP ; tampak mudah ketika itu. Tapi sekarang, sudah ramai pesaing, dan margin semakin mengecil. Ini sebenarnya perkara biasa dalam bisnes. Pecah kepala jugalah fikir nak berinovasi dan adaptasi. Adakah mampu bertahan?Doakan saya. #kopipagizz… See MoreSee Less
# KematianSemakin berusia ini, makin ramai kenalan rapat aku sudah pergi menyahut panggilan Illahi. Sebelum ini, memang rasa terkejut. Tapi makin lama makin berasa ; "ok geng, lu pergi dulu, gua menyusul sat lagi". Sejak kematian mereka ini lah, kita akan terimbas kembali kenangan bersama mereka ; makin rapat kita, makin sukar untuk dilupakan kenangan. Ada juga berasa macam "eh jika arwah tahu ini, apa ya dia kata" setiap kali kita ada perkembangan baru yang menarik. Di zaman teknologi ini, kita ada rekod segala interaksi dan media yang boleh dijadikan kenangan dan rujukan. Mereka tidak mati di hati kita. Al-fatihah kepada mereka. #kopipagizz… See MoreSee Less
# IpohAku sudah berpindah dari Shah Alam ke Ipoh sudah hampir setahun. Memang aku tak mahu gembar-gemburkan kerana ia tak penting pun. Yang tahu hanya kenalan dan saudara rapat. Kenapa Ipoh? Jawapan aku ; kenapa tidak?Alhamdulillah, sekarang zaman internet, dan aku mampu untuk mengendalikan bisnes tuisyen online di mana saja. Aku benar sukakan Ipoh. Pekannya berjiwa klasik, luarannya diselimuti gunung-ganang. Dan banyak tempat menarik tak jauh dari pusatnya. Aku berasakan Ipoh adalah pusat kepada semenanjung Malaysia, bukan KL (maaf). KL pusat cari duit, tapi Ipoh adalah pusat kepada banyak tempat peranginan. Sesiapa lalu sini, PM saja aku. Suka layan tetamu. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Lagu saduran Metallica terbaikAku letakkan senarai main Spotify dalam komen pertama. Kriteria yang penting bagi aku, adalah bagaimana ‘kekemasan’ (tightness) muzik, selain daripada punyai originaliti sendiri. Originaliti bermaksud, artis saduran (cover) ini menyampai lagu seolah-olah mereka punya ; jika anda tak pernah dengar lagu ini, akan berasa mereka adalah artis asal. James Hetfield adalah pemain gitar ritma yang laju dan kemas, dan skil ini bukan dimiliki oleh ramai pemain gitar, walaupun mereka boleh bermain solo dengan baik. Solo yang baik juga, harus punyai elemen kemas ini, mengikut kiraan tempo. Ini juga sukar dilakukan. Segar juga dengarkan kembali lagu Metallica ini. … See MoreSee Less
# Beza orang makan gaji dengan kerja sendiriAku selalu teringat kata mak aku ; jika kau kerja sendiri, pendapatan kau mesti 2X ganda dengan orang makan gaji. Baru sama. Aku tak faham ketika itu. Tapi aku senantiasa selaminya. Orang kerja sendiri ni ; insurans kena beli sendiri, bila cuti tiada pendapatan, besok lusa tak tahu lagi ada duit masuk ke tidak, EPF pun tiada (kena buat sendiri), pencen lagi lah pulak. Kerana itu, orang makan gaji ni selalu boleh berbelanja dengan ‘lebih senang hati’ berbanding orang kerja sendiri ni walaupun pendapatan sama. Bekerja sendiri buat aku super-cermat ; besok lusa tak tahu lagi. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Tiada Siapa Pun Fikir Pasal KitaSemasa muda, kita selalu fikirkan apa yang orang fikir pasal kita. Betapa perasannya kita. Tapi bila sudah lanjut usia, sebenarnya kita baru sedar ‘tiada sesiapa sangat pun fikir pasal kita’, atau mungkin kita pun dah tak kisah mengenai itu. Berbelanja besar untuk imej, takut ambil risiko, nak jadi macam orang lain ; ada ke orang kisah?Kita rasa ada, tapi saya cabar anda – cuba senaraikan (tulis) siapa yang peduli. Dalam senarai itu, cuba fikirkan – adakah mereka ini selalu membantu / penyokong kepada anda?Dari situ anda fikirkan ; berbaloi ke ‘kisah apa orang cakap?’#kopipagizz… See MoreSee Less
# Siapa Tuan Anda?Dalam karier anda, kita akan ada tuan (bos) kita sendiri. Yang bekerja sendiri pun, tuan mereka adalah pelanggan mereka semua. Jika anda makan gaji, semestinya tuan anda biasa seorang untuk anda capai arahan dan kemahuan mereka. Mereka ada cukup kuasa (dan wang) untuk berbuat sedemikian. Yang bekerja sendiri, tuan mereka terdiri seberapa ramai pelanggan yang ada ; lagi ramai pelanggan, lebih berkuasa anda. Tak perlu perlu khuatir jika seorang dua yang marah, asalkan bukan majoriti. Nak mula ; makan gaji lebih mudah kerana anda hanya perlu cari seorang saja. Kerja sendiri lebih sukar ; kerana nak cari mereka secara beramai-ramai. #kopipagizz… See MoreSee Less
# Dah Lama Tak Menulis BlogDah lama tak kemaskini blog ku zainalzulia.com. Sebenarnya, ada saja artikel terbaru, tapi tak diwar-warkan di sini. Menulis artikel pendek sebegini hanya perlu taipan dalam 5 minit saja. Cukup 100 patah, berhenti. Berlainan dengan menulis blog ; aku harus menulis kidal di iPad terlebih dahulu, dan selalu ambil beberapa hari juga untuk disiapkan. Menulis kidal lebih ‘dalam’ dan ‘rich’ bagi aku, kerana seolah-olah ia melepasi pemikiran sedar, dan banyak idea yang tak terfikirkan akan keluar. Berbanding menaip sebegini, lebih ‘sedar’ dan tidak dalam sangat. Tapi ini stail aku lah, tak semestinya terbaik pun. Stail masing-masing. #kopipagizz… See MoreSee Less
Cari Saya