.
1. Penjenamaan: Jejak Cikgu ZZ
Projek ini memfokuskan kepada pengukuhan jenama melalui testimoni dan kejayaan bekas pelajar.
- Penerbitan Konten: * Mencari dan menemubual bekas pelajar secara konsisten sehingga langganan Riverside tamat pada 30 Jun.
- Menghasilkan video Shorts menggunakan aplikasi OpusClip.
- Jadual Siaran:
- Setiap Khamis (11:00 Pagi): Penerbitan video Shorts, akan dikongsi di IG / FB / TT.
- Setiap Sabtu (9:00 Malam): Perkongsian video di Telegram untuk tontonan pelajar dan bekas pelajar.
- Waktu Kerja:
- Segala urusan pengurusan dan sesi studio akan dilakukan pada setiap hari Selasa dan Jumaat.
2. Strategi Iklan: Liga FB (Rasmi)
Sistem pengiklanan ini dijalankan secara kompetitif untuk memastikan bajet digunakan secara efektif.
A. Liga Juara
- Format: Menggunakan optimasi bajet kempen (CBO – Campaign Budget Optimization).
- Kandungan: Memaparkan 3 hingga 5 iklan pemenang yang diserap dari Liga Simpanan.
- Status Semasa: Setakat ini hanya iklan “Hanif” yang aktif.
- Kawalan Tunai: Bajet iklan Hanif akan dikurangkan daripada RM260 ke RM150 untuk mengawal aliran tunai (cash flow).
B. Liga Simpanan
- Format: Memaparkan 2 iklan baharu (“iklan dara”) untuk bersaing.
- Bajet & Tempoh: Bajet RM40 setiap satu, dijalankan selama 3 – 5 hari.
- Syarat Kenaikan Pangkat: * Iklan yang berjaya mengatasi prestasi (CPL/ROI) dalam Liga Juara akan diserap masuk ke Liga Juara.
- Proses penyerapan menggunakan kaedah duplikasi (mengekalkan jumlah Like dan Komen sedia ada).
- Jika kedua-dua iklan gagal mencapai KPI, tiada iklan akan dinaikkan ke Liga Juara.
3. Peraturan & Operasi Tambahan
- Pengurusan Liga Juara:
- Di bawah sistem CBO, Meta akan menyalurkan bajet lebih kepada iklan yang menunjukkan prestasi tinggi (perform).
- Iklan yang menunjukkan prestasi merosot akan direhatkan (tutup) sepenuhnya.
- Bajet keseluruhan boleh dinaikkan antara 10% ke 20% sekiranya mencapai sasaran mingguan yang ditetapkan.
- Kelangsungan Liga Simpanan:
- Liga ini akan diteruskan secara berterusan. Selagi iklan siap dan tawaran dibina, persaingan akan tetap dijalankan tanpa mengira waktu untung atau rugi.
- Misi utama adalah untuk terus mencari “iklan pemenang” (winning ads) yang baharu.





