Sebenarnya, aku sendiri masih tak jelas hal ini. Aku menulis untuk memaksa minda ku mengilhamkan sesuatu yang lebih konkrit.
Ada juga berasa teruja.
Aku akan menyusun idea mentah ini secara rawak – bukan ikut keutamaan.
① Tutor AZZ punyai lirik affiliate sendiri
Ini idea yang paling jelas, kerana selain komisen, mereka pasti termotivasi kerana upah tutor adalah mengikut bilangan pelajar.
2 – Masukkan link affiliate dalam konten mereka
Samada mereka punyai konten sendiri, ataupun hasil daripada kelas percuma AZZ – link mereka akan disertakan.
3 – Ajak pempengaruh pendidikan / operator tuisyen online sekolah rendah / subjek menengah selain matematik
Golongan ini semestinya punyai audiens dan motivasi untuk lakukan ini, dan paling penting – tiada konflik kepentingan di sini.
4 – Tulis blog Tutor Baik ; dan tarik perhatian tutor bebas
Aku memang berminat untuk menulis blog ini. Cuma kita masih tak jelas bagaimana untuk menarik tutor ini.
Adakah dengan tawaran ebook (untuk dapatkan email) ?
Adakah terus join grup komuniti WA ?
5 – Mesej secara guerila
Maksudnya, kita mesej seorang demi seorang tutor yang kita kenali agar dia join komuniti kita – seterusnya join affiliate kita.
Ada juga terfikir untuk kita daftarkan mereka secara manual, dan berikan saja mereka link untuk mereka terus promo.
Adakah ini cara yang baik ?
6 – Gunakan iklan Facebook untuk cari lagi tutor berminat
Ini idea baik, tetapi melibatkan kos.
7 – Beri keutamaan untuk sertai komuniti dulu
Ini kerana , adalah cara termudah untuk kumpulkan mereka. Dari sini, barulah kita beritahu mengenai affiliate itu.
Pada masa yang sama – kita hiburkan dengan konten blog kita.
Adakah ini idea baik ?
Kesimpulan – Ambil masa untuk membina komuniti
Kita buat semua :
i) bina komuniti ,
ii) hubungi pempengaruh,
iii) tutor AZZ sendiri.
Apapun, ini semua akan mengambil masa untuk dibina.
Tapi, adakah aku yakin kita boleh gantikan ini dengan pengiklanan FB ?