Pada saat-saat genting ini, selalunya ilham datang.
Terutama ketika kita sudah mencuba bermacam-macam.
Konteks : Pemasaran Akademi ZZ
Sudah nak masuk ke-lima tahun, AZZ masih bergantung kepada pemasaran Facebook sepenuh ; beratus ribu telah dilaburkan.
Hasilnya memang baik dan berbaloi sekali. Tapi macam biasalah, langit tidak selalunya cerah. Pengiklanan yang berkesan seperti Facebook ini akan menjemput ramai pesaing, seterusnya menaikkan kos mendapatkan pelanggan (CAC).
Alhamdulillah, ia masih membawa hasil sehingga sekarang – tapi margin ku makin mengecillah.
Justeru, aku harus mengambil inisiatif lain daripada bergantung kepada iklan berbayar – sampai bila kan?
Percubaan Membina Konten
Aku ada cuba buat rakaman video bercakap, video mengajar, dan video melukis (menggunakan perisian) untuk platform Youtube.
Sambutannya suam-suam kuku – tapi ini sebenarnya OK, kerana pembangunan saluran YouTube mengambil masa untuk mencipta nama.
Tapi ada satu masalah : aku TIDAK seronok melakukannya.
Bagaimana untuk aku membina sesuatu yang hebat, jika hanya melakukan separuh hati ?
Lama juga aku fikirkan ini : bagaimana untuk AZZ melakukan pemasaran dan membina jenama selain pemasaran Facebook ?
Tutor Baik
Tutor Baik ini sebenarnya lebih kepada blog yang ditujukan kepada tutor, dimana aku menceritakan pengalaman, nasihat dan tips berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai tutor selama 20 tahun.
Niat sebenar : suka-suka sahaja, tanpa niat komersil atau bisnes.
Aku hampir ingin membatalkan saja projek ini, kerana ia mengambil masa aku, serta tiada arah.
Tapi aku mahu teruskan juga, kerana punyai minat yang mendalam. Ini membawa aku ke idea ini ;
Sistem Affiliate
Ini bukanlah idea original sangat dalam bisnes. Tapi ia lebih sesuai dan selari dengan aku.
Bagaimana ?
1 – aku lebih suka membina program daripada mencipta konten
Trek hidup aku ; aku ini pencipta lagu, bukannya penyampai lagu.
2 – membina komuniti yang mencipta konten
Aku membina komuniti Sajakiri Vokal, menganjur ujibakat
yang menyanyikan karya aku – tapi akhirnya penyanyi amatur ini yang membina konten.
3 – Lebih semulajadi kerja di belakang tabir
Kerana itulah aku berasa sangat berat mencipta konten – tapi sangatlah teruja membina program Tutor Baik ini.
Kerana itu aku mahu fokus kepada pembangunan sistem Affiliate Tutor Baik ini.
p/s : kita akan berbincang mengenai strateginya untuk artikel seterusnya.