Jumlah ini bukanlah terlalu besar untuk orang lain ; tapi sudah cukup bermakna bagi aku.
Aku boleh saja sasarkan jumlah lebih besar, katakan RM 3 juta setahun – tapi aku sedari ni lebih daripada sekadar mengenai jumlah besar semata.
Setiap sasaran, harus bersertakan dengan perasaan yang bersemangat dan berkeyakinan.
Bukan sampai rasa negatif dan poyo.
Itu kerana aku memilih angka lebih kecil, RM 1 juta berbanding RM 3 juta. Mungkin sebagai permulaan.
Kenapa sasaran RM 1 juta jualan setahun ?
1 – Memadai dengan kos hidup yang sederhana.
Alhamdulillah, segalanya berasa cukup saja untukku. Aku bukanlah punyai nafsu besar, tiada keperluan berimej hebat (bukan pempengaruh ataupun selebriti), serta hobi ku (muzik) tidak mahal.
Sesiapa mengenali rapat aku, tahu yang aku ini sempoi sahaja.
2 – Ia tidak terlalu mustahil.
Semestinya, aku ada bisnes tuisyen online, Akademi ZZ yang akan membantu aku mencapai ini.
Sebenarnya, jualannya hampir saja mencapai jumlah tersebut 2 tahun lepas, tapi merundum dalam setahun dua ini.
Jujurnya, aku masih tak tahu bagaimana caranya untuk mencapai ini. Maksud aku, tak semestinya dengan model bisnes yang sama.
Mungkin juga bukan dari Akademi ZZ pun, siapa tahu.
Kini aku hanya afirmasi dan doa saja dulu.
3 – Sasaran sempena penghijrahan (umpama reset).
Kini permainan hidup sudah berbeza berbanding di Subang Perdana dulu.
Zaman kegemilangan Akademi ZZ ketika PKP juga sudah berlalu.
Segalanya umpama sudah direset , kembali ke dunia sebenar.
Aku masih memikirkan bagaimana untuk menang permainan ini. Kerana itulah, aku letak sasaran RM 1 juta ini dulu.
Baru fikir dari situ, apa langkah seterusnya.
Antara Projek Terbaru ;
1 – Tutor Baik ; di mana tempat saya berkongsi nasihat dan pengalaman sebagai tutor, disamping menawarkan affiliate untuk Akademi ZZ.
2 – Sajakiri Studio ; dimana tempat saya fokus sepenuhnya dalam penghasilan muzik , dan
3 – Tempah AZZ , dimana saya kembali mengajar di kelas online personal.
Saya pun tidak pasti adakah ini akan membantu saya mencapai sasaran jualan RM 1 juta ini – ini semua projek yang saya gembira lakukan saja.
Sampai ketemu kita .