Di sini saya ingin berkongsi cara pembacaan buku. Tak semestinya terbaik untuk semua orang, tapi saya senang banget dengan cara ini.
Saya bahagikan kepada 3 segmen;
Segmen 1 : baca buku baru
Segmen 2 : baca buku lama
Segmen 3 : ulangkaji
Moga bermanfaat.
Segmen 1 : Baca Buku Baru
Definasi : buku baru adalah buku yang TIDAK PERNAH dibaca (tidak kira bila penerbitannya).
Jadual bacaan : antara 6 pagi – 12 tengahari
Durasi : 25 minit
Bagaimana mencari buku baru ini?
Sebelum ini, saya akan mengunjungi kedai buku besar, seperti Kinokuniya, ataupun Popular (MPH dah takde…sedih), dan membeli beberapa buah buku yang dirasakan sesuai dan menarik.
Saya menemui, banyak buku yang bagus dan sukar ditemui, ada di Kinokuniya. Tapi ada satu masalah, ia dibaluti plastik.
Dulu, ada juga saya dengan selambanya mengoyak balutan plastik tersebut, demi untuk ‘merasai’ penulisan buku tersebut.
Tapi, lama-kelamaan, penat juga berbuat sedemikian, saya temui cara pintas lain ; baca sampel percuma dari Kindle.
Jadi kini, pemilihan buku lebih mudah :
Hanya muat naik sampel percuma buku pilihan dari Amazon
Dengan menggunakan peranti Kindle, sampel percuma ini akan memberikan beberapa (ada yang puluhan) muka surat terawal buku.
Mengapa ini penting ?
Bagi saya, walau sebagus mana pun isi buku, yang lebih penting adalah gaya penulisan penulis yang seronok dibaca dan mudah dihadam.
Umpama ‘berbual dalam’ dengan rakan yang bijaksana.
Bersambung ; selepas saya baca sampel buku di Kindle itu, saya dapat simbulkan adakah mahu beli atau tidak ; jika menarik, saya akan menempahnya terus di laman Amazon pada setiap 10, 20 dan 30 haribulan – supaya dapat buku berterusan.
Inilah caranya saya memilih buku bacaan baru.
Segmen 2 – Baca buku lama (pernah dibaca)
Juga baca selama 25 minit, dalam tempoh pukul 12 tengahari ke 6 petang.
Definasi buku lama : buku yang pernah dibaca dan ada dalam perpustakaan peribadi.
Cara memilih :
Walaupun buku ini pernah dibaca, tapi kita boleh lupa bagaimana rasa dan isi kandungannya. Jadi saya luangkan dalam sekali sesi 25 minit untuk membacanya kembali.
Jika serasi, kita teruskan. Jika tidak, cari saja buku lain. Yang penting, ia adalah buku yang tidak pernah dibaca lagi pada setahun yang lalu.
Rekod bacaan disimpan di Goodreads.
Segmen 3 : Ulangkaji di Shortform
Durasi : 25 minit
Waktu : 6 petang – 12 malam
Apa itu Shortform ?
Shortform adalah aplikasi ringkasan buku berbayar. Kira-kira ada 5,000 buah buku setakat ini, dan akan ditambah dari masa ke semasa.
Saya akan pilih ringkasan buku Shortform ini, buku yang saya pernah baca sahaja ; untuk memahami dan mengingati poin buku tersebut. Saya akan muat-turunnya ke Kindle.
Kelebihan Shortform ini, selain ringkasan buku semata, ia juga akan memberikan poin berlawanan ke atas poin penulis tersebut.
Secara tidak langsung, perspektif kita akan lebih luas, berbanding membaca buku tersebut semata.
Dalam segmen ini juga, saya akan muat-turun sampel buku baru dari Amazon (saya ada beritahu ini di Segmen B di atas), dimanas aya akan beli mengikut giliran.
Ringkasan :
Segmen 1 (25 minit) : Buku Baru
Segmen 2 (25 minit) : Buku Lama
Segmen 3 (25 minit) : Ulangkaji / Carian Buku Baru
Bagaimana saya merekod buku bacaan ?
Saya merekod buku bacaan saya di aplikasi Goodreads , sejak 2018 lagi.
Sebolehnya saya cuba untuk tidak membaca buku sama pada tahun yang sama . Ia juga membantu saya mengingati i) buku pernah dibaca atau tidak, ii) jumlah buku tahunan, dan iii) rating yang saya berikan.
Sasaran bacaan saya adalah 52 buah buku setahun, bersamaan 1 buku seminggu.
Sekian, inilah cara saya membaca buku. Bagaimana pula dengan anda?