Aku kini dalam dilemma ; haruskah aku berjimat menggunakan Zoom Meeting, ataupun ambil saja Zoom Webinar yang bernilai 5X berbanding Zoom Meeting ?
Kenapa aku berminat dengan Zoom Webinar ?
Bagi aku, Zoom Webinar mempunyai satu fungsi kecil tapi sangat penting ;
fungsi menyembunyikan peserta lain (serta bilangannya).
Ya, fungsi ini hanya ada dalam Zoom Webinar SAHAJA.
Kenapa fungsi ‘menyembunyikan pelajar lain’ ini penting ?
Baiklah, mari kita bincangkan di sini.
1 – mengurangkan keresahan ibubapa
Ada sesetengah ibubapa, tidak boleh terima jika ada terlalu ramai (lebih 10 katakan) pelajar dalam kelas online WALAUPUN bilangan ini tidak menganggu kelas sekalipun.
Mereka berasa ‘terganggu’ atas bilangan besar itu ; berasakan cikgu tak dapat beri perhatian pada anak mereka.
2 – lebih berasa privasi
Untuk pelajar, mereka tak nampak pelajar lain ; jadi mereka akan lebih fokus belajar tanpa gangguan.
Hubungan dengan guru menjadi lebih intimasi – kerana berasakan hanya ada 2 pihak sahaja ketika kelas.
Pelajar hanya menyedari pelajar lain hanya dalam ruangan chat sahaja.
3 – suasana lebih profesional dan kemas
Tiada lagi isu-isu pelik, seperti ;
- mikrofon pelajar terbuka secara rawak.
- gambar profil pelajar yang tidak senonoh.
- mendapat mesej (pm) daripada pelajar lain yang tidak dikenali.
Yang ada hanya lambang sekolah, wajah cikgu dan skrin mengajar sahaja.
4 – cikgu lebih mudah mengawal
Zoom Webinar ini juga lebih baik untuk cikgu – kerana mereka boleh fokus pada mengajar sepenuhnya.
Malah ada pembahagian chat ; i) iaitu Chat (biasa) dan ii) Q&A (khas untuk soalan saja). Dengan pembahagian ini, cikgu tidak akan tertinggal soalan.
Juga cikgu tak perlu sibuk mute pelajar sana-sini ; automatik saja dalam webinar.
5 – kelas ramai bukan lagi halangan (untuk perkembangan bisnes)
Ini adalah sihat untuk Akademi 22 ; dimana kita menempatkan puluhan belajar dengan tanpa masalah.
Pelajar boleh fokus, ibubapa boleh bertenang, dan cikgu boleh mengajar dengan senang hati.
Ini adalah satu servis yang bermanfaat untuk semua – dan memudahkan Akademi ZZ untuk berkembang tanpa ragu-ragu.
Kekurangan besar – kosnya !
Bukan saja harga Zoom Webinar 5 X lebih besar berbanding Zoom Meeting – malahan kami terpaksa membeli 2 akaun berasingan !
Ini kerana , Webinar ini tidak boleh dijalankan serentak, dan kelas hanya diadakan malam hasil permintaan ramai.
Inilah komitmen Akademi ZZ.