Aku dah hentikan projek Sajakiri Vokal ketika PKP pertama lagi, iaitu pertengahan 2020 lagi.
Bermakna genap 5 tahun Sajakiri ini dorman (tidak aktif).
Aku ada mengeluarkan sedikit sebanyak single dalam tempoh ini, sekadar mahu menyelesaikan single tertangguh sahaja.
Ada terfikir untuk kembali, bukan menganjurkan ujibakat, tapi membuat konten muzik; mungkin video bercakap, video main instrumen, atau cerita tips mencipta lagu.
Tapi sebenarnya, aku harus terima hakikat – aku sangat sibuk dengan bisnes tuisyen online kini, Akademi ZZ.
TutorBaik
Kini memasuki fasa pemasaran konten untuk AZZ – projek TutorBaik.
Aku akan ceritakan di lain masa mengenai projek ini – tapi buat masa ini, dorman (seketika) untuk Sajakiri Music.
Rilisan Single
Aku akan tetap buat rilisan single rasmi Sajakiri, dari masa ke semasa, tanpa sebarang objektif dan konten lain (selain video lirik ringkas).
Ada juga terjentik hati nak bikin video memperingati ujibakat Sajakiri Vokal – tapi buat masa ini, jadual tidak mengizinkan.
Kemaskini
Biarpun aku sibuk sekarang, aku akan kemaskini blog ini – sebagai status utamaku – bukan lagi di media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.





