Aku mula melanggan Podia : Mover sejak 2 tahun lalu, sekadar tempat simpanan video rakaman Zoom di situ (untuk Akademi ZZ).
Untuk rujukan pelajar yang tertinggal kelas khususnya, ataupun yang ingin mengulangkaji pelajaran.
Tapi aku tak pernah terfikir untuk menjualnya topik per topik, kerana beranggapan pelajar tidak berminat.
NOTA : Untuk sesiapa yang tidak tahu, Podia adalah ‘Learning Management System’ (LMS), iaitu sistem hosting untuk video belajar.
Boleh google sendiri di sini [LINK].
Di sini aku mahu membincangkan kelebihan pilihan tier ‘Shaker’ berbanding ‘Mover’, serta bagaimana kita boleh bina kepelbagaian servis dalam Akademi ZZ.
Kelebihan Tier Shaker berbanding Mover (yang berguna untuk bisnes aku)
① Sistem Affiliate
Aku pernah punya impian untuk perkenalkan sistem affiliate, menggunakan WordPress, serta plugin WP Affiliate.
Tapi selepas setahun, aku tak pernah memulakannya.
1 – Sebab utama, adalah kerana ‘kerenyahannya’.
Semuanya harus dijalankan secara manual.
Ini kerana, setiap prospek kami klos secara manual, jadi kami harus periksa satu persatu siapa yang bawa (referal) prospek tersebut.
2 – kebergantungan kepada iklan Facebook yang lebih efisien dan mudah diurus, menyebabkan bertambah lagi ‘ketidakperluan’ pengiklanan affiliate ini.
Yang bestnya, sistem Affiliate ini wujud dalam sistem Podia!
Bagaimana Affiliate dalam Podia ini boleh membantu?
①Produk lebih mudah dijual serta pengurusan yang lebih ringkas
Kami akan membina produk video rakaman topik per topik (tidak pernah dibuat sebelum ini, dimana hanya sekadar lambakkan video rakaman lepas sahaja).
Jadi ini adalah produk baru, bukan sekadar kelas mingguan sahaja.
Harganya yang lebih rendah (katakan RM 30 per topik), berbanding kelas mingguan (RM 160 per kelas bulanan).
Tidak perlu klos secara manual ; mereka boleh buat pembayaran terus.
Dari sini, sistem Affiliate Podia akan mengenai siapa yang menjadi referalnya.
Kan mudah gitu.
2 – Boleh ajak cikgu-cikgu (ataupun ibubapa) untuk menjadi Affiliate sekali.
Ini kerana mereka sendiri punyai rangkaian (network) yang ramai, sekaligus dapat membantu mereka sendiri meraih pendapatan sampingan.
3 – Membantu Akademi ZZ memperluaskan penjenamaan.
Selama ini, kami hanya bergantung kepada iklan Facebook semata ; tapi kali ini kami buka sayap pemasaran yang baru.
Semua prospek hasil affiliate ini akan masuk ke sistem email Mailchimp, bergabung dengan aliran pengiklanan Facebook.
Menggandakan bilangan senarai e-mail kami.
② Penghasilan Sijil Tamat (selepas tamat topik)
Sijil ini bukanlah apa sangat, tapi boleh jadikan pemangkin, ataupun yang lebih konkrit ; sasaran pelajar untuk menghabiskan topik.
Ini membolehkan kami foloap dengan ibubapa dari masa ke semasa, menampakkan kredibiliti (dan kehadiran) kami.
Diharapkan juga, selepas tamat satu-satu topik itu, mereka akan membeli topik seterusnya (mungkin kod promo dalam sijil tersebut ?).
③ Webinar Khas
Podia Shaker ini punyai pilihan untuk menghasilkan Webinar khas ; samada melalui ZOOM ataupun YouTube Live.
Ini sangatlah membantu, dimana tanpa kemudahan ini, kami hanya ada satu produk aliran utama ; kelas mingguan sahaja.
Kelas mingguan adalah untuk pelajar yang boleh hadiri secara rutin, yang kebanyakkan pelajar sekolah harian.
Tapi bagaimana dengan pelajar asrama ?
Bagaimana dengan pelajar yang ingin belajar saat akhir untuk ujian ?
Umpama seminar, Webinar Khas ini untuk pelajar asrama, ataupun kelas pecutan akhir misalannya, dimana ianya berbeza dengan kelas mingguan biasa.
Inilah fungsi Webinar Live ini. Kita boleh mempelbagaikan perkhidmatan.
④ Fungsi Lain
Sebenarnya banyak lagi fungsi lain yang berguna (seperti penghantaran email, upsell, bundle dan sebagainya), tapi aku tak larat nak cerita semuanya.
Hanya perkara yang aku baru tahu saja yang berguna untuk bisnes.
Ini juga mengujakan aku ; kita boleh letakkan pelbagai produk lain dalam produk utama itu sendiri (umpama kuda Trojan), dimana mungkin ia boleh membantu pelajar kita lagi (disamping boleh jana pendapatan lagi).
Akhir Kata
Aku nampak banyak lagi kerja yang akan aku habiskan dalam PODIA ini, mungkin ambil masa setahun juga untuk menyiapkan kedai, beserta hiasannya juga.
Apapun, aku ucapkan terima kasih kepada tim BRC, khasnya Bukhari Ramli yang mencadangkan aku i) bina produk sendiri, dan ii) USAH terlalu fokus kepada kelas Tempahan (custom).
I) bina produk sendiri – Bukhari juga mencadangkan agar aku jual secara bundle , dimana secara tak langsung membawa aku ke tier ‘Shaker’ ini, dimana ia membuka minda sekaligus idea baru seperti dijelaskan di atas.
ii) jangan fokus kelas custom : Bukhari juga menegaskan aku supaya jangan perlu fokus kelas ini (buat sampingan ok, asal ada pun sudah cukup).
Ini kerana, i) selain renyah (kena susun satu per satu jadual untuk setiap pelajar), ii) margin keuntungan kecil (sebahagian besar yuran adalah untuk tutor), dan yang paling penting, iii) paling sukar dikembangkan (scale up).
Berbanding menjual video topikal ini – kita boleh bantu lebih ramai pelajar, dengan harga lebih murah.
Doakan saya.