Sedikit cerita belakang ;
Aku lulus peperiksaan ujian ACCA pada 2001, di Accountancy & Business School di Dublin, Ireland.
Ketika itu aku berusia 22 tahun.
Sekembali ke Malaysia, aku sempat bekerja di firma perakaunan 5-terbesar, iaitu KPMG di Kuala Lumpur.
Tapi hanya sempat bekerja setahun setengah saja – berhenti kerana sebab peribadi (cerita di lain hari).
Ketika ini, status aku adalah ACCA Affiliate – iaitu mereka yang sudah lulus ujian, tapi belum cukup 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
Jika cukup 3 tahun, barulah digelar ACCA Membership.
Oleh kerana aku terkandas separuh jalan, aku tak sempat ke ACCA Membership itu.
Setelah beberapa tahun juga, status ACCA Afflilate aku juga terlucut kerana berhenti bayar yuran tahunan.
====================
Kini – tahun 2023
Kerana masih teringat kekasih lama (ACCA ini lah), aku kembali hubungi ibupejabatnya di UK, untuk bertanyakan andainya aku kembali – bagaimana caranya ; adakah harus kembali menduduki ujian, ataupun bayar saja denda dan yuran?
Alhamdulillah, mereka kembali dan menyatakan yang aku hanya perlu bayar GBP449 saja (lebih kurang RM2500) untuk kembali ke status ACCA Affiliate ini.
Terimakasih juga pada teman, Salihin yang membantu aku hubungi mereka ini dengan mudah dan lancar.
==================
Seterusnya
Biarpun bukan keperluan, tapi aku teringin juga mencapai status ACCA Membership ini – mungkin kerana geram, nostalgia, poyo ataupun kepuasan diri.
Apapun, untuk mencapai ini, aku harus komited menjayakannya.
========================
PER : Practical Experience Requirement
Biarpun aku sempat bekerja selama setahun setengah di KPMG, tetapi ia tidak boleh dikira sebagai PER, kerana aku sudah lama tinggal.
Mahu tak mahu, harus bermula dari sifar kembali.
Apa elemen PER ini?
1 – meraih pengalaman berkaitan ; bidang perakaunan atau kewangan.
2 – penyelia (supervisor) yang layak dan berpengalaman ; mereka ini yang akan tandatangani objektif tugasan.
3 – rekodkan pengalaman ini ; termasuk nama-nama syarikat, dan peranan kita dalam syarikat tersebut.
4 – mencapai objektif prestasi ; 9 sasaran keseluruhan (5 teras dan 4 teknikal – saya akan terangkan lagi di bawah).
5 – semua ini harus dicapai dalamasa 36 bulan.
Objektif Prestasi
5 Teras (Essentials)
- Etika dan Profesionalisme
- Pengurusan Hubungan Pihak Berkepentingan
- Strategi dan Inovasi
- Kawalan, Risiko dan Penyeliaan
- Kepimpinan dan Pengurusan
Teknikal – Pilih 4
Laporan Korporat dan Bisnes
- 6 – Rakam dan proses transaksi
- 7 – Penyediaan Laporan Kewangan
- 8 – Analisa dan Mentafsir Laporan Kewangan
Pengurusan Kewangan
- 9 – Menilai pelaburan dan keputusan kewangan
- 10 – Pengurusan dan kawalan modal kerja
- 11 – mengenal dan mengawal risiko kewangan
Pengurusan Perakaunan
- 12 – Menilai pengurusan sistem perakaunan
- 13 – Merancang dan menilai prestasi
- 14 – Mengawalselia prestasi
Pencukaian
- 15 – Pengiraan dan penilaian cukai
- 16 – Pematuhan dan pengesahan cukai
- 17 – Nasihat dan perancangan cukai
Audit dan jaminan
- 18 – Merancang proses audit
- 19 – Mengumpul dan menilai bukti untuk penilaian
- 20 – Semak dan laporkan penemuan audit
Khidmat Nasihat
21 – Nasihat bisnes
Data, digital dan teknologi
22 – Analisis data dan sokongan keputusan
=================
Kesimpulan
Saya baru nak bermula untuk melakukan PER ini dengan menggunakan pengalaman sebagai akauntan (dan CEO) dalam syarikat sendiri, Akademi ZZ ini. Harap pengalaman ini diterima oleh pihak ACCA, dan saya akan memastikan saya berjaya meraih ACCA Membership dalamasa 36 bulan ini (insyallah bermula pada Mei 2023 ini). Doakan saya.
Saya akan kemaskini dalam blog ini kelak.
Inspirasi seterusnya
Insyallah, jika tiada aral, saya berhajat untuk mengambil kelayakkan seterusnya ;
I) Certified Financial Planner (CFP) ; pengurusan kewangan peribadi, dan
II) Master in Business Administration (MBA) ; pengurusan syarikat.
Kenapa?
Mungkin kerana kelayakkan ACCA Membership ini ada memberi pengecualian (exemption) untuk kedua-dua kelayakkan di atas, menjadikan ia lebih mudah dijayakan.
Tapi bukan kerana sebab poyo juga – saya memang ingin belajar sesuatu, dan memang minat belajar.
Doakan saya. Terimakasih kerana sudi membaca.
hi, nak tanya u suggest ke untuk student lepasan spm amik acca terus or better amik degree dulu ?
Baik ambil degree dulu. Jika terus ambil ACCA, jika tak lulus, tiada apa yang ada.