Menjalankan bisnes tuisyen online sepenuhnya (Akademi ZZ), memerlukan banyak servis, aplikasi dan perisian digunakan.
Kebanyakkan dari luar negara, dan memerlukan kita bayar secara kad (debit dan kredit) secara personal.
Ini adalah beberapa perisian yang saya gunakan ;
- iklan Facebook (USD)
- iklan Google (USD)
- Podia – laman pengurusan video (USD)
- Vimeo – video belajar (USD)
- 360 Dialog – sistem komunikasi WA (Euro)
…dan banyak lagi.
Untuk memastikan kelancaran, bayaran ini tidak boleh terganggu. Jika tidak, khidmatnya akan terhenti serta-merta, dan ini mengganggu bisnes.
==============
Guna Kad Personal
Mahu tak mahu, kita terpaksa guna kad debit / kredit personal. Memang tak boleh secara transfer langsung dari bank, kerana kebanyakkan aplikasi ini memang minta penggunaan kad untuk memastikan kelancaran.
Bila guna kad sendiri, memang serabut.
Kerana ia bercampur dengan perbelanjaan peribadi. Kekadang tak perasan pun ada transaksi, dan nak cari balik tu memang mengelirukan.
Ini akan membuat perakaunan bisnes kita terganggu.
=============
Kad Korporat dari Bank?
Ini adalah penyelesaian yang baik. Tapi dalam pengalaman saya, sangat sukar untuk dapat. Harus buat resolusi syarikat, dan bank juga ambil masa lama untuk dapat. Saya sendiri sudah berputus asa kerana menunggu lebih 6 bulan.
Saya tak tahu kenapa bank keberatan sangat untuk memudahkan perkara ini. Mungkin selepas ini mereka akan melancarkan proses.
Jika anda ada pengalaman berlainan, sila kongsikan di sini.
=========
Penyelesaian : Swipey
[bukan ditaja]
Saya menjumpai aplikasi Swipey ini sebagai iklan Facebook. Saya tak tahu bagaimana Facebook membaca fikiran saya, mungkin kerana saya ada buat carian di internet mengenai kad debit korporat ini.
Lantas saya buat kaji selidik tentang latarbelakang syarikat ini ; berpangkalan di Bangsar, KL dan baru ditubuhkan pada 2021.
Lantas saya ada buat temujanji ZOOM selama sejam dengan pihak mereka.
==============
Tawaran mereka mudah ; PERCUMA saja untuk 2 kad virtual!
Ini memadai untuk syarikat saya buat pembayaran online.
Konsepnya :
Sepertimana kad pra-bayar, anda mesti depositkan dulu duit dalam akaun Swipey, dan baru kita hantar duit tersebut dalam salah satu kad virtual itu.
Pada mulanya, saya tak berani juga nak letak banyak, saya mulakan dengan RM1000 saja dulu. Dan buat transaksi kecil dengan jumlah itu.
Alhamdulillah, saya masih menggunakan Swipey sehingga kini (sejak awal Februari 2023), dan tiada masalah untuk buat pembayaran dalam USD.
Semua boleh : iklan FB, Maxis, Amazon, Mailchimp, Canva dan sebagainya.
Yang tak boleh hanya untuk Google Ads, dimana mereka tidak terima pembayaran daripada kad pra-bayar seperti ini.
===================
Tawaran 1.5% Tunai balik (Cashback)
Saya tak pasti tawaran ini sampai bila, tapi saya sendiri ada dapat habuannya ini.
Tak semestinya untuk syarikat – anda boleh memohon untuk kegunaan sendiri juga!
===========
Kelebihan Lain
1. Boleh dapat kad fizikal (untuk pakej berlainan)
2. Boleh muat-naik resit menggunakan fon pintar.
3. Boleh berikan kad kepada beberapa pekerja / ahli keluarga.
Bagi saya, asalkan dapat buat pembayaran automatik TANPA menggunakan kad peribadi pun sudah cukup baik!