Kini aku menggunakan gajet Apple sepenuhnya dalam kehidupan seharian ku.
Sebelum ini, hanya gunakan iOS (iPhone & iPad) untuk komunikasi dan multimedia.
Kini gunakan Mac OS (iMac & MacBook) untuk kerja pejabat.
Ini maksudnya yang aku sudah memasuki ekosistem Apple sepenuhnya.
Jadi, di sini aku mahu berkongsi secara rawak pengalamaan penggunaannya. Aku bukanlah pakar, mungkin lebih kepada ‘fanboi’.
1- Baru Kini Mampu
Memang gajet Apple bukanlah murah, dan aku membeli atas perbelanjaan syarikat (boleh tolak cukai).
Memang diakui ia tidak murah, tapi alhamdulillah sepanjang penggunaan gajet Apple, sangat-sangatlah jarang aku hadapi masalah (atau mungkin hanya bernasib baik).
2 – Cara Betul Fikir Mengenai Kosnya
Katakan anda membeli Macbook yang berharga RM 5,200.
Anda gunakan selama 5 tahun ; kosnya RM 1,040 setahun.
Jika 8 tahun (optimum), ia akan menjadi RM 650 (ataupun RM 1.80 sehari).
Di sini saya mahu tunjukkan harganya adalah berkadaran dengan jangka hayat.
Itu baru perkakasan (hardware), belum perisian (software)nya lagi.
3 – Perisiannya Yang Lancar (smooth)
Bertahun menggunakan PC Windows, memang sukar dikemaskini (update), mudah dijangkiti virus (selalu muat-turun perisian tiruan), dan boleh hilang kelancaran antara gajet.
Umum memang maklum semua ini, cuma baru kini aku dapat merasa dan memahaminya.
4 – Aplikasi Muzik : Logic Pro X
Sebagai pembikin muzik, yang telah sekian lama menggunakan Studio One, aku berasa agak ‘overwhelmed’ kerana ia menjadi semakin kompleks, ke arah kejuteraan muzik.
Padahal aku hanya inginkan perisian yang ringkas untuk merakam dan menyusun lagu.
Logic Pro X ada kriteria ini. Aku berasa ia lebih ‘memahami’ aku sebagai pengkarya.
Nanti aku akan mengulas lebih terperinci dalam artikel lain.
5 – Nilai Estetik Yang Menawan
Ya , ini semua orang tahu , klise juga.
Aku sehinggakan sanggup tidak memakaikan sebarang perlindungan (cover) gajetku.
Contohnya iPhone Mini ku ; biarkan telanjang saja kerana ia lebih menawan sebegitu.
Memang ada risiko jatuh semua , tapi alhamdulillah setakat ini , ia masih berdaya tahan.
Penafian ; untuk bahagian kacanya, aku masih memasang perlindungan. Hanya badan saja terdedah.
Kesimpulan
Semestinya, penggunaan sistem ini adalah mengikut selera sendiri kemampuan dan kecenderungan.
Saya akui , sukar untuk keluar dari ekosistem kerana penggunaan saya melebihi daripada sekadar fon semata .