Ada 2 kem pendapat di sini ;
i) Kem 1 : displin berkarya setiap hari (2 jam, atau 2 muka surat), dan
ii) Kem 2 : tunggu ilham datang baru bertindak.
Aku lebih lama berada dalam Kem 1 : berdisplin berkarya muzik selama sejam sehari sejak 12 tahun yang lalu.
Ada 3 sebab Kem 1 :
i – idea muzik yang banyak , hasil ciptaan sejak zaman remaja,
ii – serta kemajuan teknologi rakaman di studio rumah – membolehkan aku menyiapkan produksi di rumah TANPA perlu ke studio profesional , dan mengupah pemuzik atau jurutera studio yang tinggi nilainya.
iii – bercita – cita besar untuk membina empayar bisnes muzik ketika masih muda dan selalu ada tekanan membesarkan famili kecil ku dengan meningkatkan pendapatan.
Dengan 3 faktor besar di atas ; aku punyai motivasi yang kuat untuk berkarya secara berdisplin , sehingga tercetusnya ujibakat dan komuniti Sajakiri-Vokal.
Bagaimana Kini ?
Kini , saya lebih berada dalam Kem 2 – tunggu ilham baru bertindak.
Ini kerana : –
i – kebanyakkan lagu ciptaan saya sudah dibikin demo asasnya di soundcloud.com/sajakiri,
ii – masih berupaya mencipta karya baru, tapi tiada lagi ‘luahan terpendam’ sepertimana ketika muda dulu.
iii – tiada lagi tekanan meraih pendapatan kerana sudah punyai bisnes lain.
Apa Yang Berlaku ?
Saya seringkali memaksa diri untuk berkarya seperti Kem 1, sedangkan saya secara tak sedar telah memasuki fasa Kem 2.
Ini sekaligus mengurang rasa bersalah kerana tiada lagi displin berkarya seperti dulu.
Saya boleh menunggu ilham saja untuk berseni.
Saya masih bersemangat untuk berkarya – cuma keadaanya berbeza sekarang.
Dulu : ada jadual tetap
Kini : tiada lagi jadual tetap