Aku berasa teruja dengan membawa masuk subjek Sains, dimana sebelum ini hanya Matematik (termasuk Add Math) sebagai satu-satu subjek tawaran.
Kenapa aku teruja ?
Aku berasa lengkap, kerana selama ini kita hanya belajar matematik semata tanpa konteks.
Konteksnya adalah Sains.
Mengapa bukan subjek sains tulen ; addmath, fizik, kimia dan biologi ?
Aku pernah buka kelas fizik 2 tahun lepas – tapi tak dapat sambutan sangat, walaupun tutor cemerlang , berdedikasi dan pemeriksa kertas .
Kelas addmath juga – hanya 1/4 ganda daripada pelajar matematik moden.
Secara ringkasnya : zaman sekarang, pelajar yang mengambil sains tulen, tidak seramai dulu.
Sebelum ini : 4 / 10 kelas di sekolah adalah kelas sains tulen.
Sekarang ini : hanya 1 / 10 adalah kelas sains tulen.
Kesimpulan :
Ramai pelajar matematik = ramai pelajar sains
Sikit pelajar addmath = lebih sedikit pelajar fizik
Adakah ini satu kelebihan ?
Daripada sudut bisnes, aku mengharapkan ini adalah USP (Unique Selling Proposition) yang baik, menonjollkan keunikkan dan kelebihan – berbanding pusat tuisyen lain yang menawarkan lebih banyak subjek, dengan harga lebih murah.
Aku tak nafikan itu – tapi aku lakukan ini kerana untuk mencipta identiti sendiri dengan subjek yang aku percaya – jika kita benar-benar kuasai sains dan matematik – kita boleh pergi jauh , dalam bidang apa sekalipun.
Selain daripada peluang kerjaya (teknologi, kejuruteraan, dan sebagainya) penguasaan 2 subjek ini akan membina model mental yang kukuh di minda.
Matematik adalah bahasanya, sains adalah ceritanya .