Sudah memasuki 2 tahun berturut-turut, AZZ tidak menikmati keuntungan ; yang ada hanyalah kerugian atau balik modal sahaja. Ini semestinya perkembangan yang tidak sihat. Sampai bila kita boleh bertahan dengan sebegini.
Usaha Yang Telah Dilakukan
Awal tahun 2024 ini, AZZ merasai kerugian yang terbesar dalam beberapa bulan pertama. Lalu aku mengambil beberapa keputusan drastik untuk mengurangkan kerugian ini :
① Kembali mengajar personal
Ini untuk mengurangkan gaji pengarah sebanyak 50%. Alhamdulillah, dapat sambutan juga – ada beberapa pelajar yang setia, sekaligus dapat memperbaiki aliran tunai syarikat.
② Memberhentikan admin
Aku terpaksa memberhentikan seorang admin, dan aku sendiri yang menggantikannya. Ini juga keputusan tepat ; aku bisa buat kerja admin sambil mengajar.
Langkah ini berjaya mengurangkan kos operasi.
③ Mengurangkan bajet pengiklanan
Keputusan ini diambil paling lewat, iaitu di penghujung tahun. Ini kerana, dalam beberapa bulan terakhir, tak ramai pelajar baru menyertai. Rugi juga sebenarnya.
Kini bajet iklan adalah lebih dinamik mengikut permintaan terkini ; berbanding sebelum ini yang tidak sensitif.
Perancangan 2025
3 langkah di atas berjaya mengurangkan kerugian – tapi aku tak mahu berhenti di sini.
Aku ingin AZZ kembali mencatat keuntungan sihat !
Disamping 3 langkah di atas ini diteruskan, aku ingin mengambil beberapa strategi baru lagi ;
① Memberhentikan kelas Sains
Ada 2 sebab mengapa ini ;
i) sambutan suam-suam kuku : tak ramai pelajar hadir, mungkin kerana sains bukan subjek kritikal seperti matematik, dan
ii) mengurangkan kos tutor sains ini ; sekali lagi ,
langkah penjimatan.
② Memperkenalkan Tingkatan Ulangkaji
Sepertimana Pakej Sains – aku perkenalkan Pakej Tingkatan Ulangkaji ini dengan tambahan yang kecil sahaja – supaya ibubapa berasa tertarik dengan tawaran ini.
Bukan itu sahaja, tiada kos tambahan, memandangkan Cikgu yang sama mengajar slot yang sama .
③ Aku kembali mengajar Addmath
Berkemungkinan aku akan mengambil kedua-dua tingkatan 4 dan 5 (masih memikirkan ini) untuk subjek Addmath.
Ini bukan saja langkah penjimatan kos, tapi juga untuk beri servis terbaik (kedua-dua tutor sedia ada tidak mencapai piawai minimum).
Ini juga adalah simbol yang aku benar serius untuk kembali mencapai kegemilangan dan keuntungan.
Bonus
Ini sebenarnya rahsia – tapi persetankan , siapa yang kisah pun?
Lubuk aku adalah – para xxx yang bwxxxxxxxex dan bevxx xxxx.
Ini adalah niche tulen AZZ, dan kita akan fokus di sini.
Kesimpulan
Segala langkah di atas ini tidak akan menjamin keberhasilan pun. Aku pun tak tahu lagi apa lagi langkah drastik harus diambil selepas ini.
Boleh jadi aku sendiri yang mengajar semua kelas .
Aku seorang saja admin ?
AZZ akhirnya tinggal aku seorang ?
Nanti aku cerita .
Akademi ZZ Menjelang 2025 – Perincian
Kali ini aku ingin membincangkan tentang perincian, untuk dijadikan gerak kerja minggu ini.
① Jadual
AHAD & RABU
MTI (M) / MT4 (K)
ISNIN & KHAMIS
MT2 (K) / MT5 (M)
SELASA & JUMAAT
MT3 (M) / AddMath (K)
Lebih kurang macam ini. Akan dimuktamadkan kemudian. Kesemua kelas bermula 8:30 malam.
2 – Tingkatan Ulangkaji
Kita akan menggantikan kelas Sains sedia ada ditukarkan menjadi kelas Tingkatan Ulangkaji tahun lepas. Hanya link ZOOM, modul dan peringatan 15 minit akan diberikan.
Undian maklumbalas tidak diberikan. Juga tiada ujian bulanan.
③ Webinar Percuma – Kelas Mingguan
Juga tiada lagi kelas khas hari Sabtu membincangkan ujian – akan diganti dengan kelas mingguan secara bergilir-gilir. Ini akan mengurangkan kos kelas.
④ Pakej Kelas Addmath
Untuk T4, kita akan menawarkan Pakej 1 : Addmath sahaja RM150, atau Pakej 2 AMT4 & MTT4 RM 200.
Untuk T5, Pakej 1 AMT4 & AMT5 RM190, dan Pakej 2 termasuk MT5 RM 200.
Lebih kurang sebegini. Akan dimuktamadkan kemudian.
⑤ Penukaran Label
Buat pertama kali, label Tingkatan akan ditukar pada
INFINTY dan YesHello pada 18 Januari nanti.
Jangan lupa juga mansuhkan label T di YH.
⑥ Penukaran Tutor
Cikgu Hanie berkemungkinan besar akan menggantikan Cikgu Fahmi (atas permintaan Fahmi sendiri).
Aku akan mengambil alih kelas Addmath T4 menggantikan cikgu Zikri ; tapi masih belum pasti adakah mahu gantikan cikgu Rozaidi.
Ini kerana cikgu Rozaidi bayak membantu menggantikan kelas – mungkin khidmatnya diperlukan lagi ?
⑦ Isu Penggantian Tutor
Kelas MT4 dan MT5 kini tidak lagi bertindih ; ini memungkinkan penggantian tutor kelas tersebut satu sama lain, jika perlu.
Ini juga termasuk kelas menengah rendah, yang kini tidak lagi bertindih satu sama lain.
Malahan kelas addmath aku sendiri boleh diganti oleh mana-mana tutor tanpa masalah. Kita juga tak perlu bergantung pada mana-mana tutor untuk tujuan ganti.
⑧ Perlukah penukaran serta-merta ?
Sesi baru akan dimulakan pada 17 Januari – tapi perlukah rombakan tutor ini dilakukan bermula 1 Januari?
Rombakan seperti penukaran Fahmi dan juga addmath.
Adakah ini perlu dilakukan serta-merta ?
⑨ Tag Asrama
Ini juga pembaharuan yang telah berjalan, kerana terlalu ramai permintaan, dan juga YH boleh menyimpan sehingga 1200 maklumat prospek.
InSyallah kelas cuti sekolah akan ada sambutan.
Dan kita akan bina grup untuk cuti sekolah – atau tidak perlu ? Masukkan saja dalam kelas biasa.
10 – Rakaman ZOOM
Aku masih memikirkan untuk hentikan pemberian video rakaman , kerana mengenangkan betapa tak ramainya akan menonton.
Entahlah, masih status quo ini, kerana servis ini adalah satu servis yang dijangkakan.
Ke ada cara lain ?