Latar belakang
Ini adalah mengenai pengalaman saya sendiri juga, dimana menjadi tutor rumah berbelas tahun, sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Akademi ZZ.
Dalam kelompok pergaulan saya pun, masih ada rakan saya belum buat ; nak tegur pun segan – saya hanya mampu berkongsi manfaatnya .
Harap bermanfaat.
Kesilapan 1 : Tidak Mendaftar SSM
Apa itu SSM ?
SSM bermaksud Suruhanjaya Syarikat Malaysia, iaitu tempat dimana anda mendaftarkan sijil perniagaan anda.
Peniaga kecil bermula dengan Enterprise dahulu, samada pemilikan tunggal atau perkongsian.
Anda tak perlu mendaftar jika masih berniaga secara hobi, suka-suka ataupun peringkat mencuba lagi.
Tapi bila ada pendapatan konsisten (walaupun masih kecil), ketika inilah anda harus mendaftar.
Lagi cepat lebih bagus.
Kenapa ? Ada beberapa sebab yang akan kita bincang kan di bawah ini.
Yang penting , dengan mendaftar , anda memberitahu diri sendiri yang anda benar-benar serius berniaga.
Persediaan mental.
Nasihat keras saya : buat ini terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan.
Daftar secara online : www.ssm-einfo.my
Kesilapan 2 : Tidak Buka Akaun Semasa Bisnes
Untuk buka akaun semasa (current account ), anda harus punyai lesen SSM di atas . Kerana itu anda wajib berdaftar dengan SSM.
Kenapa harus ada akaun semasa untuk berniaga ?
1 – Supaya duit peribadi dan duit bisnes tidak bercampur aduk ; anda tidak rompak Syarikat, Syarikat juga tidak rompak anda .
2 – Memudahkan pengurusan ; untuk membuat akaun ,
dan anda nampak lebih jelas kesihatan bisnes, membantu anda membuat keputusan.
3 – Pelanggan akan lebih yakin membayar ; ramai penipu (scammer ) di luar sana, jadi pelanggan baru akan berasa ragu-ragu jika nama akaun bank nama peribadi, berbanding dengan nama akaun syarikat ( jika ada Sdn Bhd, lebih meyakinkan).
Kesilapan 3 – Tidak Buat Perakaunan
Ini ada kaitan dengan poin di atas, cuma saya mahu perhalusi nya lagi.
Setakat ada akaun bank tidak memadai ; anda harus ada sedikit pengetahuan perakaunan.
Walaupun anda ada mengupah akauntan , anda sebagai pemilik harus celik akaun – tahu apa itu aset, liabiliti, untung rugi, pengaliran tunai dan sebagainya . I1mu ini tidaklah sesukar mana, mahu tak mahu saja belajar.
Bukan itu saja, malahan metrik pengurusan kewangan lain seperti LTV, CAC, CPL, CR dan sebagainya – adalah satu ilmu asas di luar perakaunan tradisional yang mesti anda kuasai .
Rujuk artikel ini – 5 Tombol Bisnes
Ingat, tugas anda sebagai peniaga bukan setakat menjual – tapi menguruskan kewangan perniagaan.
Kesilapan 4 – Tak Bayar Cukai
Untuk membayar cukai bisnes, anda mesti memenuhi semua syarat di atas ; daftar SSM, punyai akaun semasa bisnes, dan sistem perakauan – baru anda mudah mengira cukai.
Tapi kenapa ramai peniaga tak berani isytihar pendapatan untuk dikenakan cukai ?
- tak buat salah satu , ataupun semua langkah di atas.
- mahu bolot semua untung, sayang duit kiranya.
- pengaruh persekitaran jika ramai kawan tak isytihar, kenapa aku nak serah leher pula.
- takut kerana dah lama tak bayar cukai – nanti LHBN siasat akaun lama !
- takut nanti banyak pula kena bayar.
- tiada motivasi, dalam zon selesa – ok je tak bayar bertahun-tahun , LHDN tak kejar pun.
- pendapatan sikit je, nak isytihar apa bendanya.
Dan banyak lagi . . 1001 alasan.
Walau bagaimanapun, saya menyeru juga anda membayar cukai. Kenapa ?
- keberkatan, dan ketenangan minda.
- tidak lagi hidup dalam ketakutan.
- boleh buat pinjam berguna, seperti pinjaman perumahan, ataupun pinjaman perniagaan.
- mudah untuk mengembangkan bisnes.
- berpotensi berkolaborasi dengan syarikat besar, sekaligus membantu bisnes anda ke aras lebih tinggi. Bagi saya, bayar je lah cukai.
Jika keuntungan sedikit, sikit la cukai nya. Ni keuntungan besar, tapi kedekut nak bayar cukai macam mana tu?
Kesilapan 5 – Sudah Tahu Semua Ini, Tapi Masih Tiada Tindakan
Ini adalah kesilapan ultimatum. Akan ada orang yang akan menangguhkan kesemua ini.
Tapi bagi pendapat saya : –
1 – tak perlu buat semua sekaligus : buat langkah pertama dulu, sehingga selesai. Barulah ke langkah seterusnya.
2 – tiada istilah terlambat ; selagi anda masih sihat dan waras, sekarang adalah masa terbaik untuk mulakan.
3 – makin lama anda bertangguh – makin rugi dan menyesal anda kelak. Kesannya makin besar.
Kesimpulan
Saya sampaikan poin di atas berdasarkan pengalaman sendiri. Anda boleh abaikan semua ini, cuma anda memang tak boleh lari daripada akibatnya kelak.
You can check out any time you like, but you can never leave.
Hotel California