Setelah pasrah dengan kenaikkan LTV dan CAC secara keseluruhan ; menyedarkan aku yang jenama Akademi ZZ ini tidak kuat – hanya komoditi saja di mata pelanggan.
Setelah tamat PKP, tuisyen online menjadi norma dan kebanjiran ramai pesaing menyebabkan aku harus berfikir strategi lain.
Sudah bermacam aku usahakan ; webinar percuma, kelas personal, kemudahan pembayaran auto-debit, pembayaran tahunan, testimoni lengkap, dan sebagainya – ini semua membantu, tetapi impaknya minimal dan belum nampak kerana memerlukan masa.
Tapi ada idea ‘gajah dalam bilik‘ yang aku cuba elakkan selama ini – iaitu penjenamaan peribadi.
Apa itu penjenamaan peribadi?
Dalam bahasa inggeris : personal branding
Aku selama ini ingin menjaga privasi, introvert lah katakan, tak berkenan dengan cara menonjolkan diri sebegini.
Tapi selepas lepak minum dengan cikgu Ikhwan baru-baru ini, katanya dia masih mampu untuk teruskan tuisyen online sepenuhnya (mengajar solo) kerana dia masih memaparkan ‘muka’ nya pada setiap pos (atau iklan)nya di media sosial.
Katanya lagi, ramai cikgu solo berbuat sedemikian, dan alhamdulillah boleh cari makan.
Ini agak mengejutkan, kerana sepanjang 3 tahun Akademi ZZ ini beroperasi – TAK PERNAH satu pos mahupun iklan pun memaparkan muka aku, ataupun cikgu yang lain !
Ini menjadikan Akademi ZZ adalah pusat tuisyen ‘tidak berwajah!’
Bukanlah semua bisnes harus ada muka – tapi bisnes pendidikan seperti tuisyen online ini memerlukan kepercayaan kepada Sang guru – kerana itu ini perkara penting.
Tak tahu mengapa aku terlepas pandang.
Lihat papan rentang MC Plus di lebuhraya – muka yang mereka paparkan.
Mahu Tak Mahu
Oleh itu, demi survival Akademi ZZ, aku sendiri akan menjadi duta khas – bukan sekadar gambar, malahan buat video bercakap.
Guru Penjenamaan Peribadi
Aku ada buat temujanji dengan Guru YouTube ini, dan beliau ada meminta aku senaraikan apa yang ingin dibincangkan.
Temujanji ini berbayar (dalam USD), jadi aku mahu perah betul-betul di sini.
Bincang 1 : Bagaimana Untuk Desain Muka Depan Laman YouTube
Sekarang sangatlah bersepah, tak tahu bagaimana ia harus disusun. Mahu tahu yang patut ditonjolkan di muka depan itu.
Bincang 2 : Berapa Kerap Video Harus Dihasilkan ?
Mahu tahu apa sistem penjadualannya, durasi, janaan idea relevan dan rekaan *thumbnail.
Bincang 3 : Pengesahan Idea (idea validation)
Bagaimana untuk tahu mana satu idea itu lebih baik berbanding idea lain ? Mahu tahu sistemnya juga.
Bincang 4 : Bagaimana untuk Hebahkan ?
Selain pemasaran email – bagaimana untuk kita sebarkan video dengan lebih meluas ? ataupun lebih tepat, kepada prospek yang betul ?
Bincang 5 : Bolehkah Kita Gunakan Konten ini sebagai konten iklan ?
Adakah ianya sesuai ?
Bincang 6 : Bagaimana dengan Persaingan ?
Bagaimana untuk tahu lambakan pesaing, sama ada video kita unik ataupun tidak? Adakah pasaran sudah tepu, ataupun masih ada ruang.
Bincang 7 : Adakah Kita Perlu Kuasai Media Sosial SELAIN YouTube?
Bagaimana dengan FaceBook, Instagram, TikTok dan sebagainya ?
Bincang 8 : Laman Jualan
Adakah laman jualan Akademi ZZ masih baik dan relevan ? Bagaimana untuk tahu.
Bincang 9 : Bagaimana untuk Korek Masalah Mereka?
Adakah kita perlu buat temubual, ataupun cukup dengan Google Form ?
Bincang 10 : Bagaimana untuk terus Konsisten dan Istiqamah bila Masih Tiada Hasil?
Tips motivasi ; adakah ada jaminan ini akan berjaya? Bagaimana jika tidak.
Persediaan
Guru tersebut hanya minta 4 topik per sesi, tapi aku sediakan lebih kerana kami mempunyai 4 sesi bersama.
Nantikan artikel aku seterusnya untuk kemaskini.